Lagu ‘Hilang’ ada kaitan dengan Cinta Monyet Irfan Haris

Written by on 15/02/2018

Irfan Haris pernah tampil dengan dua lagu, namun kehadiran single terbaharu berjudul Hilang punya makna tersendiri buat bakat baharu.

Mengapa tidak, single yang dilancarkan Jumaat lalu, dicipta bersama abangnya, Haikal Iskandar dan berkisar kisah ‘cinta monyet’ yang dialami, suatu ketika dulu.

Irfan memberitahu, dia dan abangnya menghasilkan lagu itu secara spontan.

“Idea menulis lirik dan menggubah melodi berlaku spontan, Jun tahun lalu ketika kami bermain piano. Haikal tiba-tiba mendapat melodi dan daripada situ, kami kembangkan dan menghasilkan lirik secara spontan.

“Ia suatu proses yang menyeronokkan dan memberi kepuasan berbeza. Iyalah, ini lagu ciptaan kami adik beradik,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Irfan tampil dengan single Redha dan Pesan yang pantas mengumpan peminat apabila dimuat naik di YouTube dan laman sosial.

Irfan mengaku kisah yang terkandung dalam single Hilang cukup dekat dengan hatinya lantas mudah dijiwai.

“Lagu ini ada kena mengena dengan saya. Biasalah, zaman remaja banyak berlaku ‘cinta monyet’. Saya gunakan pengalaman itu untuk dijadikan lirik dan lagu,” katanya yang mengekalkan genre balada bagi buah tangan terbaharunya itu.

Tambah Irfan, dalam teruja, dia juga gementar memikirkan reaksi peminat terhadap single Hilang.

“Biar apapun, lagu ini menjadi titik permulaan bagi saya meneroka bidang penulisan dan gubahan lagu,” katanya.

Irfan berkata, dia sudah menyiapkan video muzik single Hilang yang mendapat sentuhan pengarah, Izuan Mokhtar.

 

Sumber: Bharian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background