Lagu Britney Spears dicuri ‘Pengurus’!

Written by on 05/12/2017

Foto ehsan Instagram @britneyspears

 

LAGU  Britney Spears  dicuri  oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai ‘Pengurus’ penyanyi terkenal tersebut tujuan untuk mencuri lagu penyanyi itu yang tidak pernah dilancarkan.

TMZ melaporkan lelaki itu menyamar Larry Rudolph iaitu pengurus Britney dan cuba memperdaya syarikat rakaman penyanyi itu, RCA Records dengan meminta lagu-lagu berkenaan dihantar menerusi e-mel miliknya.

Bagaimanapun lelaki itu ditahan pihak berkuasa dan dipercayai dia adalah seorang peguam yang khusus dalam bidang hak cipta.

Pencuri itu menggunakan emel palsu namun ia cukup menyakinkan sehingga menyebabkan syarikat rakaman itu terpedaya dan menghantar lagu-lagu itu seperti diminta.

 RCA Records telah menghantar 49 fail digital termasuk 12 lagu yang digubah untuk album Britney berjudul Glory yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

 

Sumber : mStar.com.my & Instagram @britneyspears


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background