VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lagi Viral K-Pop, G-Dragon bercinta dengan Lee Joo Yeon

Written by on 08/01/2018

 

LAGI cerita tular tengtang selebriti terkenal K-Pop, G-Dragon dan bekas anggota kumpulan After School iaitu Lee Joo Yeon sekali lagi dikaitkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan itu dikatakan dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Jeju dan menghabiskan masa selama empat hari dilaporkan Soompi.

Ini bukan kali pertama kedua-dua selebriti terkenal itu dikaitkan mempunyai hubungan cinta apabila mereka dilaporkan pergi ke Hawaii pada November lalu.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan masing-masing ketika itu menafikan mereka bercinta sebaliknya hanya berkawan baik dan percutian ke Hawaii turut disertai oleh rakan-rakan mereka.

YG Entertainment dan Better Ent ketika diminta mengulas mengenai perkhabaran terbaharu ini memberitahu ingin bertanya dengan artis mereka terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, G-Dragon dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan pada Februari ini selama dua tahun.

Sumber : mStar online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *