Lagi kejutan kereta mewah dari suami sebagai hadiah hari lahir Eina Azman

Written by on 15/03/2018

 

MENJADI bualan netizen di media sosial baru-baru ini, Datu Paduka serta Datin Paduka telah menghadiahkan jam tangan mahal kepada sepasang kembar mereka sempena dengan hari lahir . Datin Paduka Eina Azman pula semalam menerima kejutan hadiah kereta mewah sempena ulangtahun kelahirannya kelmarin yang dimuat naik di media sosial, bahagianya melayari kehidupan perkahwinan bersama, suami dan sepasang kembar.

Foto Ehsan Rotikaya.com

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya”

“Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik,” tulisnya di akaun Instagram berterima kasih kepada suami sempena ulangtahun kelahiran beliau kelmarin berserta dengan beberapa gambar majlis hari jadi.

Menerusi gambar-gambar di Instagram, Eina bukan sahaja menerima kereta mewah, malah turut diraikan dalam majlis yang diadakan di hotel mewah di ibu negara bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Malah sebelum itu juga, Eina turut menerima hadiah-hadiah mewah lain dari suami. Wah, beruntung jadi Eina mempunyai suami yang sangat romantis dan penyayang. Semoga rumahtangga Eina terus dirahmati selalu.

 

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background