VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lagi Farid Kamil ke Balai Polis..

Written by on 02/02/2018

Farid Kamil kini nampaknya sudah bersedia untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi .. atau tidak? Selepas dibebaskan dari tahanan remam dengan jaminan RM3,000 untuk setiap dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya. Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Farid Kamil memuatnaik sekeping gambar dirinya memegang laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara — namun tidak mendedahkan isi kandungan laporan.

“Assalamualaikum. Terima Kasih atas iringan doa doa dari Kalian, semoga Allah SWT akan terus merahmati kita semua. InsyaAllah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang orang teraniaya. Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yg berliku ini dapat di tempuhi. Amin,” ini lah ayat yang di muat naik ke Instagram Farid beserta gambar

Apa pun isi kandungan laporan polis terbaru Farid Kamil ini, ramai peminat masih tertanya tanya atas apa sebenarnya terjadi beberapa minggu lalu dan mahukan penjelasan sendiri dari mulut pelakon ini.

 

Sumber : Rotikaya.com

 

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *