VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Kylie melahirkan seorang anak perempuan

Written by on 09/02/2018

Akhirnya bintang realiti Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan seorang anak perempuan pada 1 Februari lalu setelah lama berahsia mengenai kehamilannya melalui perkongsian di laman Instagram, Kylie memaklumkan mengenai berita gembira itu dan memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan kehamilan tersebut.

“Saya minta maaf kerana membiarkan anda berteka-teki selama ini. Kandungan saya adalah pilihan saya untuk tidak mendedahkannya kepada dunia,” tulisnya.

Bagaimanapun, anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap Travis Scott ini masih belum diberikan nama.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan selebriti berusia 20 tahun ini sedang hamil namun dia memilih untuk tidak menjawab persoalan tersebut.

View this post on Instagram

congratulations Kylie! 😍

A post shared by Kylie Jenner (@kyliekcentral) on

Kylie Jenner merupakan adik bongsu daripada adik-beradik Kardashian-Jenner yang terkenal menerusi siri Keeping up with the Kardashians bersama kakaknya Kendall, Kourtney, Kim, dan Khloé.

Sumber : mstar online & Instagram @kyliejennerpregnancy | @kyliejenner


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *