Kumpulan Treehill muncul dengan single terbaharu

Written by on 24/07/2018

KUMPULAN TreeHill sudah hampir empat tahun ditubuhkan sejak Disember 2014. Malah, kira-kira sebulan selepas ditubuhkan, TreeHill yang juga anak didik Zimi Sofazr ini sudah merakamkan single pertama berjudul Terbang.

Bagaimanapun, hanya selepas tiga tahun dirakam baru kini kumpulan dianggotai Sab (penyanyi), Arash (gitar), Harryparen (gitar) dan Aiman (dram) ini bersedia melancarkan single terbabit.

Aiman selaku ketua kumpulan berkata, Zimi meminta mereka bersabar walaupun lagu Terbang sudah lama disiapkan.

“Kami sangat bersyukur kerana akhirnya single Terbang dapat dilancarkan. Selama tiga tahun kami diminta bersabar oleh Abang Zimi. Dalam tempoh itu, TreeHill banyak diberi pendedahan mengenai bidang muzik dan membuat latihan,” katanya.

Berusia awal 20-an, mereka kini masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam beberapa jurusan.

Terbang yang dicipta Zimi dan lirik oleh Hang Nadim kini dilihat berjaya mengetengahkan bakat Tree Hill.

Penyanyinya, Sab, pula berkata, bekerja dengan Zimi dan Hang Nadim adalah pengalaman berharga buat Tree Hill.

“Sama ada Abang Zimi dan Hang Nadim, mereka berdua sudah ada pengalaman dalam bidang muzik manakala saya bersama tiga rakan lain masih baru dan sangat perlukan bantuan individu berpengalaman.

“Mendapat bimbingan Abang Zimi dan Hang Nadim, satu peluang keemasan buat TreeHill untuk mengetengahkan bakat seni kami,” katanya.

Bergenre pop, video muzik rasmi single Terbang yang dimuat naik di YouTube sejak dua minggu lalu sudah mencatat lebih 200,000 tontonan.

Malah, ia juga sudah mendapat tempat dalam carta lagu popular di stesen radio swasta tanah air.

Mengulas mengenai sambutan baik pendengar, Harryparen pula berkata, TreeHill menganggapnya sebagai rezeki.

“Kami hanya mampu ucapkan terima kasih dan tidak sangka Terbang dapat diterima baik dan positif.

“Sebagai kumpulan baru, kami pada mulanya agak berdebar juga memikirkan bagaimana penerimaan pendengar,” katanya.

Harryparen berkata, melihatkan single itu sudah memasuki carta radio, TreeHill mampu berasa lega.

Berbicara soal persaingan, Arash berkata, kemunculan TreeHill sekadar mewarnai bidang muzik tanah air.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background