Datuk A Rahman Hassan diantara artis Pop Yeh Yeh yang bakal gegarkan konsert

Written by on 14/01/2018

KONSERT Pop Yeh Yeh bakal diadakan bagi mengembalikan semula kenangan dan nostalgia lagu yang pernah mendapat tempat dalam kalangan pendengar suatu masa dahulu, Persatuan Karyawan 60-an Pop Yeh Yeh Negeri Sembilan cuba mengambil inisiatif bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan genre itu kepada generasi masa kini menerusi konsert dinamakan Konsert Amal Sepetang Bersama Artis 60-an. Apabila bercakap mengenai zaman 1960-an, mesti akan terbayang pakaiannya, kaca mata hitam, Vespa dan muzik pop yeh yeh. Sehingga kini lagu 60-an terus menjadi ‘evergreen’. Ia kekal segar dan diminati ramai tidak kira peringkat usia.

Acara yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Klana Resort, Seremban itu adalah sebagai usaha untuk membangunkan dan merapatkan silaturahim antara karyawan dengan peminat seni.

Lebih menarik, konsert yang bakal bermula jam 2 petang itu akan dihiburkan dengan penyanyi 60-an seperti Datuk A Rahman Hassan, J Sham, Rodziah Latif, Afidah S dan A Rahman Onn.

Pengerusi Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri Sembilan, Md Jamil Aris berkata, sebahagian meja yang dijual bakal diagihkan kepada badan memerlukan khususnya Pusat Pengajian Taman Al-Quran, Rembau, Negeri Sembilan dan Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor.

“Selain itu, meja dijual juga akan membantu penyanyi 60-an yang memerlukan bantuan.

“Saya harap penganjuran konsert ini akan mengembalikan muzik 60-an dan mendekati golongan muda terhadap muzik yang pernah mencetuskan fenomena dulu,” katanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hmetro online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background