VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Konsert jelajah Westlife tahun hadapan

Written by on 20/12/2017

WESTLIFE : Berita baik yang sekian lama dinantikan oleh para peminat kumpulan Westlife selepas Louis Walsh menyatakan bahawa kumpulan itu akan bersatu semula dalam sebuah konsert  Westlife Reunion akan datang . Akan tetapi bekas anggota Westlife, Mark Feehily memberitahu tiada sebarang perancangan untuk kumpulan itu bergabung semula.

Westlife tidak akan bergabung semula namun tidak menolak akan mengadakan konsert jelajah dunia bagi menyambut ulangtahun ke-20 kumpulan itu tahun hadapan.

Kata Mark, mereka mungkin akan kembali bersatu bagi menyambut ulangtahun ke-20 penubuhan Westlife menerusi konsert jelajah dunia pada tahun hadapan.

“Ada pihak menawarkan kami cek kosong untuk kami isikan jumlah bagi memastikan kami bersatu semula. Tetapi ini bukan soal wang.

“Kami tiada perancangan untuk bersatu semula, bukan sekarang. Kami ada terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan sebagai individu.

 

“Konsert jelajah dunia bagi menyambut ulangtahun Westlife yang ke-20 mungkin akan berlaku,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Bagaimanapun kata Mark, salah seorang anggota asal Westlife, Brian McFadden tidak akan menyertai konsert jelajah itu nanti.

“Saya rasa semua orang nampak Westlife hanya mempunyai empat orang anggota. Brian telah meninggalkan Westlife lama dahulu.

“Jadi tidak mungkin dia akan menyertai konsert itu nanti,” jelasnya.

Untuk rekod, Westlife adalah kumpulan paling berjaya dalam sejarah muzik di United Kingdom.


Baca lebih lanjut klik sini… 

Sumber : mStar.com.my & Daily Mail (UK News)

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *