Konsert Jelajah Dunia kumpulan K-Pop Wanna One gegarkan Kuala Lumpur!

Written by on 24/07/2018

Foto ehsan FB Wanna One

PENANTIAN peminat K-Pop Malaysia akhirnya terubat dengan kehadiran kumpulan Wanna One ke negara ini menerusi penganjuran konsert jelajah dunia yang dinamakan One: The World di Axiata Arena, Sabtu lalu.

Dibarisi 11 anggota yang memiliki rupa paras kacak, peminat yang hadir ternyata tidak dapat membendung keterujaan mereka.

Masakan tidak, seawal pukul 3 petang, perkarangan Axiata Arena sudah dibanjiri kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Wannable.

Sementara menunggu konsert bermula pada pukul 8 malam, mereka berpeluang membeli cenderamata Wanna One yang dijual di sekitar lokasi itu.

Petikan foto ehsan MStar Online

Setelah bermulanya konsert, peminat tidak henti bersorak dan berteriak tanda sokongan padu kepada anggota kumpulan itu.

Ternyata, mereka membawa aura luar biasa dengan persembahan penuh energetik, dibantu pula dengan elemen visual dan audio bertaraf antarabangsa.

Sinaran laser berwarna-warni turut dipancar ke ke seluruh arena itu tatkala Wanna One mempersembahkan lagu-lagu hits mereka.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Burn It Up, Boomerang, Beautiful, Light, Never, Always dan I Promise You.

Selain persembahan penuh bertenaga, mereka turut mempamerkan keunikan vokal menerusi lagu bergenre balada yang ternyata menyentuh emosi mereka yang hadir ke konsert itu.

Malah, peminat turut ikut serta menyanyikan setiap seni kata lagu sehingga bergema keseluruhan arena itu.

Selain paduan rentak tari lincah dan kelunakan vokal, mereka turut mencuit hati peminat apabila cuba menyampaikan beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu sewaktu sesi selingan antara lagu.

Ternyata, ia satu pengalaman hebat yang cukup berbaloi dan pasti akan dikenang dalam tempoh yang lama.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background