VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Konsert Haqiem Rusli di Kuching Tangguh

Written by on 13/12/2017

Foto Ehsan Instagram @haqiemrusli_98

 

HAQIEM Rusli terpaksa menangguhkan konsertnya di Kuching, Sarawak yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini. Konsert itu akan berlansung pada Mac tahun depan iaitu selepas Anugerah Juara lagu ke 32 (AJL32) yang akan diadakan pada bulan Februari.

“Konsert tersebut tidak dibatalkan tapi hanya ditunda pada bulan Mac tahun depan.

“Saya minta maaf sangat pada peminat di Kuching, Sarawak. Terpaksa tangguh sebab saya nak fokus pada Anugerah Juara Lagu 32.

“Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan umumkan tarikh bila konsert itu akan diadakan,” kata Haqiem ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Haqiem diminta mengulas status beberapa orang pengikut dia di laman Twitter yang bertanyakan tentang tiket konsertnya itu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: mStar.com.my

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *