VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Konsert Datuk Sheila Majid di Jakarta ditunda

Written by on 12/01/2018

Foto Ehsan Instagram @sheilamajidofficial

Datuk Sheila Majid merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia. Dikhabarkan konsert penyanyi jazz, Datuk Sheila Majid, di Jakarta, Indonesia, pada 20 Januari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Beliau mengumumkan penangguhan Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 itu menerusi Instagram rasminya.

“Selepas mempertimbangkan, dukacita dimaklumkan saya harus mengumumkan mengenai penangguhan konsert di Jakarta ini ke satu tarikh lain.

“Saya memohon maaf kepada peminat tersayang atas kesulitan ini. Begitupun, saya berharap konsert ini akan tetap diteruskan nanti.

“Terima kasih di atas kata semangat yang diberikan. Kita hanya merancang, Allah SWT menentukan apa yang terbaik buat kita. Kita akan ketemu nanti. Pasti. Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, penganjur konsert berkenaan turut berkongsi berita penangguhan terbabit sambil menjelaskan, ia berlaku berikutan masalah teknikal yang tidak terduga.

Bagaimanapun, menurut kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan, peminat yang sudah pun membeli tiket boleh menggunakannya untuk ke konsert penyanyi terbabit di Jakarta kelak.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *