VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Kim Kardashian namakan anak ketiganya ‘Chicago West’

Written by on 26/01/2018

Foto Ehsan Instagram @kimkardashian

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian akhirnya mengumumkan nama anak ketiga bersama yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang iaitu Chicago West. Kim membuat pengumuman nama bayi perempuannya itu di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam posting berkenaan, dia turut mendedahkan secara terperinci maklumat kelahiran Chicago yang dilahirkan pada 15 Januari lalu dengan berat 3.34 kilogram.

Bagaimanapun, Kim belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya itu kepada umum.

View this post on Instagram

👶🏽

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Dia juga tidak menjelaskan makna nama bayi itu yang sama dengan nama sebuah bandar di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, netizen beranggapan nama Chicago diambil berikutan suaminya, penyanyi rap Kanye West dibesarkan di bandar tersebut sejak berusia tiga tahun.

 

Sumber : mStar online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *