Kenapa gadis cantik suka bergambar dengan Rani Kulop?

Written by on 26/02/2018

Foto Ehsan Rotikaya.com

MASIH kamu ingat dengan tag line ‘Kipidap Dongidap’? Lama tak dengan cerita tentang Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) iaitu Abdul Rani Kulup Abdullah, bekas tentera berusia 80 tahun ini sentiasa menjadi perhatian netizen.

Sering berpakaian seragam dan pelik, Rani Kulup mahukan kelainan selain mengekalkan identitinya.

“Semenjak menubuhkan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia, ayah lihat persatuan lain mempunyai pakaian sendiri. Jadi ayah nak buat kelainan memandangkan ayah merupakan bekas tentera.

“Selagi ayah boleh pakai dan bawa brand Rani Kulop ni, ayah akan pakai. Kalau tak, tutupkah Kipidap, tutuplah Dongibab,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.

Apabila ditanya tentang dirinya yang gemar bergambar dengan perempuan cantik, dia juga hairan mengapa ramai gadis sukakan dirinya.

“Persoalannya, kenapa gadis cantik suka bergambar dengan ayah, kan? Ayah pun tak pernah tanya, mungkin sebab mereka minat dengan kepelikan ayah ni.”

 

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background