Kempen #AkuPunyaBah

Written by on 29/12/2017

Pada tanggal 29 Disember 2017, telah berlangsung satu sesi sidang media kempen #AkuPunyaBah bertempat di Dewan Sinar Mustika, Putatan. Sidang media ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kempen #AkuPunyaBah yang telah bermula sekitar 3 bulan yang lalu dan bakal berakhir pada bulan Mac 2018.

Menarik tentang kempen ini ialah ia adalah hasil gabungan usahasama dan inisiatif bersama 23 usahawan muda tempatan dari seluruh negeri Sabah dan daripada pelbagai kategori atau latar belakang perniagaan. Sidang media kempen ini turut dihadiri dan dilancarkan oleh tetamu kehormat YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin, ADUN N23 Bongawan yang juga merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Sementara itu, menurut Pengerusi ‘Aku Punya Bah’ Noor Farahdilah Najmuddin berkata kempen ini merupakan satu platform untuk menghimpunkan usahawan-usahawan muda bumiputera agar dapat saling berkongsi ilmu pengetahuan di dalam mengembangkan perniagaan masing-masing. Tambah beliau “Kempen ini akan dijalankan sehingga Mac 2018 dan pada setiap bulan akan diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan dan hadiah utama iaitu sebuah Toyota Vios”.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif The Hijab World, Pn. Normah Mammad pula, menyifatkan kempen Aku Punya Bah ini banyak membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau kerana dapat saling mempromosikan produk yang dikeluarkan antara ahli yang menyertai kempen ini dan sejak menyertai kempen ini, hasil jualan The Hijab World meningkat sehingga 30 peratus.

Info lanjut tentang kempen Aku Punya Bah boleh diikuti di laman sosial iaitu facebook.com/akupunyabah

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background