VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Keluarga Ziana Zain sentiasa kecoh dan ceria setiap kali raya.

Written by on 18/06/2018

Keluarga besar Ziana Zain

Ziana Zain atau Siti Roziana Zain, 50, berkata, dia tidak merasai sebarang perubahan malah tetap melakukan persiapan seperti mana dilakukan tahun-tahnun sebelumnya. Ziana tidak pernah menjadikan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya sebagai penghalang untuk tidak meraikan kedatangan Aidilfitri dengan meriah seperti kebiasaan.

“Takde rasa apa pun… Raya must go on! Saya buat persiapan seperti biasa juga dan paling penting anak-anak.

“Alhamdulillah anak-anak pun dah besar dan faham tentang situasi yang berlaku tanpa perlu saya berkata apa-apa.

“Paling penting kena sentiasa positif dan kehidupan harus diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia bersyukur kerana dia datang daripada sebuah keluarga yang akrab dan sentiasa meriah terutamanya pada hari raya.

“Keluarga saya sentiasa meriah, bising, ceria jadi tidaklah rasa sunyi memandangkan ada sahaja perkara yang akan kami lakukan nanti,” ujarnya.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *