VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Kek 13 kaki tinggi & 7,777 hiasan kristal.

Written by on 04/12/2017

KEK perkahwinan Mawar dan Raf yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu mendapat perhatian netizen – Foto ehsan Bharian.com.my

 

 

Majlis resepsi adik kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf, 32 dan Mawar Rashid, 22, bertemakan Enchanted Garden berlangsung dalam suasana meriah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Jumaat lalu.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid sendiri, kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, dan rambut pula hasil dandanan Syuk Qadir.

Dalam majlis serba indah dan mewah yang diilhamkan oleh perancang perkahwinan, Glam Weddings by Rizalman itu, kek perkahwinan pasangan terbabit yang diberi nama Enchanted Rose turut mendapat perhatian tetamu yang hadir, malah ia juga menjadi bualan netizen di alam maya.

Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene, menyediakan kek terbabit dengan setiap satu lapisan bertatahkan kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my

 

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *