VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Keadaan kesihatan Jet Li baik saja. Jangan salah tafsir gambar.

Written by on 24/05/2018

BARU-BARU ini, digemparkan dengan berita bahawa pelakon terkenal Jet Li jatuh sakit dan sedang bertarung kanser Thyroid. Seperti gambarajah di bawah yang telah tular di media sosial oleh beberapa netizen.

Dipetik daripada beberapa akaun instagram #JetLi

Muncul pelbagai andaian dan cerita mengenai bintang terkenal tersebut. Pengurus kepada aktor terkenal Jet Li iaitu Steven Chasman tampil memberi penjelasan terhadap keadaan kesihatan bintang aksi itu yang menjadi tular baru-baru ini.

Steven memberitahu aktor itu berada dalam keadaan sihat dan menghargai doa serta sokongan yang diberikan peminat.

“Kami menghargai perhatian semua tapi Jet Li berada dalam keadaan baik.

“Dia tidak ada penyakit yang bahaya dan mengancam nyawannya. Keadaan kesihatannya baik,” katanya.

Pada awal minggu ini, foto pelakon itu menjadi perbincangan netizen apabila dikatakan sudah kelihatan terlalu tua.

Malah, Jet Li dalam foto itu hampir tidak dikenali, terlalu lemah dan berbeza dengan penampilan awal tahun lalu.

Foto itu menyebabkan peminatnya sedih dan memberi doa serta sokongan moral.

Sementara itu, pengurus berkata, penampilan aktor berusia 55 tahun pada foto yang tular itu disebabkan kesilapan pada sudut gambar.

Angle foto yang salah memperlihatkan dia seperti itu,” ujarnya.

Sumber : Mstar Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *