Katy Perry menang RM13 Juta

Written by on 08/12/2017

 

Foto Ehsan Instagram Katy Perry

KATY PERRY atau nama sebenar Katheryn Elizabeth Hudson, 33,  menang pertarungan kes di mahkamah menentang seorang ahli perniagaan, sejumlah wang Dana Hollister untuk membeli pusat biarawati di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dimenangi oleh Katy.

Katy menang RM13 juta sebagai pampasan hukuman membabitkan ahli perniagaan berkenaan yang mana terdahulu penyanyi itu turut diberikan wang pampasan RM6 juta untuk pembiayaan kes itu.

Credit Photo : mansionglobal.com

Ternyata kemenangan berkenaan memberikan kelegaan kepada penyanyi Swish Swish itu dan ia disampaikan sendiri peguambelanya, Eric Rowen.

“Kami sangat gembira dengan keputusan itu,” katanya.

Katy dan pihak pusat biarawati berkenaan menyaman Dana yang cuba menggagalkan urus niaga penyanyi itu untuk membeli hartanah terbabit.

Dengan kemenangan itu, juri yang menghakimi kes terbabit turut memberikan wang pampasan RM27 juta kepada pusat biarawati itu. Terdahulu, pusat berkenaan turut menerima sejumlah wang pampasan untuk kos perbicaraan.

Kedua-dua pihak mendakwa Dana cuba menghasut sekelompok biarawati yang bekerja di pusat itu supaya memihak kepadanya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background