VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Kanak-kanak berusia sembilan tahun pengsan bertemu idola , Chris Brown

Written by on 24/07/2018

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pengsan apabila berpeluang bertemu dengan idolanya secara dekat apabila dijemput naik ke pentas ketika penyanyi Chris Brown sedang mengadakan persembahan.

TMZ melaporkan Parion McCoy dijemput naik ke pentas ketika Chris sedang menyanyikan lagu berjudul Loyal sebelum kanak-kanak itu tiba-tiba rebah.

Parion bernasib baik kerana Chris bertindak pantas dengan menyambutnya daripada terjatuh ke lantai pentas.

Dalam pada itu, Parion menerusi Instagramnya memberitahu dia rebah kerana terlalu teruja dapat bertemu Chris dan ia adalah kali pertama dia pengsan.

“Ini kali pertama saya menyaksikan persembahan Chris dan tidak sangka pula saya dijemput ke pentas… Ia pengalaman luar biasa dan memalukan kerana saya pengsan,” katanya.

Chris turut memuat naik video insiden berkenaan di Instagram miliknya dan memberitahu dia berasa panik apabila Parion tiba-tiba pengsan.

 

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *