Kadar gaji minimum seragam seluruh Negara berkuatkuasa 1 Jan 2019

Written by on 07/09/2018

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran menentukan gaji minimum yang tinggi memandangkan sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan pada masa ini tidak mampu untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan memandangkan hutang yang ditanggung terlalu besar.

Penetapan gaji minimum diumumkan kerajaan pada Rabu lalu menyaksikan kenaikan RM50 di Semenanjung dan RM130 diSabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Jan 2019,kadar minimum adalah seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.

Sumber : Malaysia1News


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background