K-Pop : Anggota kumpulan Girls’s Generation,Taeyeon Kemalangan

Written by on 04/12/2017

 

Kim Tae-yeon , 28, lebih dikenali sebagai Taeyeon, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau adalah ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Girls’ Generation. Beliau telah merekodkan lagu single untuk pelbagai drama televisyen dan filem serta mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan varieti. Tae-yeon membuat penampilan solo pertama pada 8 Oktober 2015 menerusi album single.

Taeyeon yang dimasukkan ke hospital pada Selasa setelah terlibat dalam satu kemalangan kini dilaporkan sudah berada dalam keadaan stabil. Tular di laman instagram @taeyeon_ss baru-baru ini, ada netizen yang mengecam penyanyi tersebut dan ada juga yang ‘backup’ Taeyeon. Baca petikan instagram Taeyeon di bawah.

 

Menurut laporan Allkpop, kemalangan yang berlaku di Gangnam itu melibatkan tiga buah kereta.

Syarikat SM Entertainment menerusi satu kenyataan mengesahkan insiden itu.

Pihak SM turut memohon maaf bagi pihak Teayeon dan mengaku insiden itu berlaku kerana kecuaian pemanduan penyanyi itu.

Baca lebih lanjut , klik sini…

 

 

Sumber : mStar.com.my & instagram @taeyeon_ss


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background