VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Justin dan Selena kembali goyah kerana ibu Selena masih belum memberi restu.

Written by on 16/03/2018

Selena Gomez dan Justin Bieber terus hangat diperkatakan peminat meskipun kedua-duanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Menurut laman People, pasangan ini sering kali dilihat berdua-duaan dan menghabiskan masa bersama.

Namun dikhabarkan hubungan mereka kembali goyah kerana ibu Selena iaitu Mandy Teefey masih belum memberi restu.

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, hubungan pasangan ini dingin kerana masalah mereka sendiri dan bukannya berpunca daripada Mandy.

“Mereka bergaduh bukan sebab Selena dan ibunya tapi masalah sendiri. Itu yang menyebabkan mereka sekejap putus, sekejap baik.

“Tentang restu ibu itu tiada masalah kerana Selena tidak akan membiarkan hubungannya berakhir hanya kerana keinginan ibu.

“Justin dan Selena selalu tidak sependapat, tapi jangan terkejut kalau minggu depan mereka berbaik dan mesra semula,” kata sumber.

Apa yang dimaklumkan sumber itu tidak jauh berbeza dengan hal sebelum ini. Malah, pasangan ini sudah beberapa kali memutuskan hubungan dan tidak lama kemudian kembali menjalinkan hubungan semula.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *