VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Justin Bieber dan Hailey Baldwin mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu.

Written by on 10/07/2018

Foto Ehsan Tribun Jogja – Tribunnews.com

BINTANG Terkenal Justin Bieber mengesahkan gosip mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan personaliti televisyen Hailey Baldwin pada Selasa  lalu.

Justin, 24, menerusi Instagram mendedahkan dia dan Hailey mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu dan menganggap ia adalah nombor bertuah buat mereka berdua.

“Pengaturan Tuhan itu sangat tepat, kami bertunang pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh, nombor tujuh itu adalah bertuah buat kami berdua,” tulisnya.

Penyanyi lagu Baby itu turut memuat naik gambarnya bersama Hailey dan memberitahu wanita itu adalah cinta hatinya selain mahu menghabiskan keseluruhan hidupnya bersamanya.

“Awak adalah cinta hati saya dan saya tidak rasa dapat hidup tanpa awak. Awak membuatkan saya menjadi seorang insan lebih baik dan kita saling melengkapi.

“Ia melucukan kerana bersama awak segala-galanya menjadi lebih baik,” tulisnya.

Hailey, 21, menerusi Instagramnya pula memberitahu dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan seorang insan yang hebat dalam hidupnya.

 

 

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *