Jibam kritik sinis “nilai dan sikap bangsa Melayu”

Written by on 13/12/2017

 

Sudahkah anda menonton Filem ‘Jibam’ The Movie di pawagam berhampiran anda? Sebagai sebuah karya adaptasi novel berjudul sama, Jibam memberi perspektif besar dalam premis yang sederhana.

Jibam adalah filem yang mempunyai elemen yang tajam mengkritik nilai dan sikap bangsa Melayu, tetapi dalam penyampaian secara sinis, ringan dan komikal.

Ia menegur jelas sikap negatif bangsa Melayu kolot yang mempunyai sikap tamak, dengki, perebutan harta, panas baran, amuk, adu-domba, percaya kepada tahyul dan sebagainya. Semua nilai itu ditonjolkan melalui watak orang kampung dan keluarga Jibam sendiri. Paling ketara pada watak Tok Ngah Sudin, Fakir, Usin Singai, Kadir dan Piah.

 Sedikit sedutan Filem Jibam di petik daripada laman Instagram @syafienaswip

Pada masa sama, ia turut menjadikan paksi jujur, amanah, ikhlas, setia dan cinta, tetapi melalui watak Jibam sendiri.

Bahasa filem melalui karakter, kerja kamera, syot, dialog, babak dan aspek lain jelas menyentuh beza dua sisi optimis dan pesimis bangsa Melayu.

Mungkin jika penonton pernah membaca novel Jibam dan melihat dengan mata hati, segala sisi itu dapat dilihat dengan jelas.

Dari segi teknikal, filem ini membuka babak dengan besar melalui gambaran hutan belukar, sungai dan suasana kampung yang memukau. Baca lebih lanjut klik sini…

 

JIBAM

• ARAHAN: Che Mie

• PELAKON: Mohd Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Esma Danial, Syafie Naswip, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Farah Ahmad, Kazar Saisi, Kamarool Haji Yusof

• GENRE: Drama

• TAYANGAN: 7 Disember 2017

• ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

 

 

Sumber : Hmetro.com.my & Instagram @syafienaswip

 

 

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background