Jejaka KK Andi Bernadee jadi VIRAL

Written by on 09/11/2017

Siapa menyangka, gara-gara sebuah lagu yang semakin tular di YouTube nyanyian penyanyi asal Upiak Isil, mejadikan jejaka KK; Andi Bernadee semakin ‘viral’. Mana tidaknya, lagu Minang ini yang dinyanyikan dan divideokan oleh Andi mendapat perhatian ramai wanita bahkan turut mendapat ‘likes’ yang tidak disangka. Jumlah tontonan video ini di laman YouTube semakan mencecah sejuta tontonan.

Pada mulanya, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa jejaka tampan ini adalah seorang penyanyi di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan sudah bertapak di dalam industri menerusi single pertama beliau berjudul Tiada Lagi Maaf yang diperkenalkan sekitar pertengahan Ogos yang lalu. Berumur 26 tahun, Andi Bernadee pernah viral apabila menyanyikan lagu berjudul Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain dan telah mencecah 800,000 tontonan. Ayuh kita layan parodi Tak Tun Tuang nyanyian Andi…


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background