VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Jauh perjalanan, luas pemandangan – Indah Ruhaila

Written by on 23/02/2018

Foto Ehsan Instagram Indah Ruhaila

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang dilakukan penyanyi, Indah Ruhaila selepas bergelar isteri kepada pasangannya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik. Baru-baru, pasangan ini telah menjelajah ke beberapa negara Eropah selama sebulan berkemungkinan akan banyak menghabiskan masanya dengan hobi baru itu sepanjang tahun ini.

Disebabkan itu jugalah, dia dan suami kini berkongsi minat yang sama iaitu meneroka dan melancong ke tempat baru.

“Saya ke Eropah tempoh hari bukanlah untuk berbulan madu kerana kami melancong dengan beberapa rakan. Kalau mengenai bulan madu, kami akan fikirkan kemudian,” katanya.

Menjelang penghujung tahun ini, Indah dan suaminya merancang ke Amerika Syarikat pula.

“Sebagai isteri, saya kena sentiasa ada dengan suami. Jadi, kalau suami suka berjalan dan meneroka, saya ikut saja,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya selepas hampir dua bulan bergelar isteri, Indah mengakui banyak rezeki diterimanya.

“Walaupun ada yang beranggapan saya tak lagi aktif menyanyi, sebenarnya masih aktif. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada walaupun tanpa saya sedari.

“Walaupun belum ada single baru selepas setahun, masih ada undangan untuk saya membuat persembahan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, dia juga masih belajar dan mencari ilmu dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber Hmetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *