VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Heboh Janna Nick cium Fattah Amin!

Written by on 06/12/2017

 

DRAMA Adaptasi filem Korea, Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick telah mencetuskan kontroversi apabila salah satu adegan yang kelihatan mereka seakan bercium tersebar di laman sosial. Pelakon, Janna Nick, menegaskan tidak wujud sebarang babak bercium membabitkan beliau dan pelakon gandingannya dalam drama, Coffee Prince, Fattah Amin, seperti dihebohkan netizen di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Janna, 22, lakonan yang dilihat menerusi video 15 saat itu sekadar babak komedi dan bukannya adegan romantis menonjolkan perasaan ghairah antara dua insan bercinta seperti yang didakwa.

Video itu mungkin menimbulkan kontroversi kerana dari sudut ia dirakam seolah-olah menampakkan kami sedang bercium, walhal saya dan Fattah tidak bersentuhan langsung. Babak itu kelakar sebenarnya dan bukan untuk menunjukkan rasa gersang atau detik manis percintaan kami.

Kalau hendak diikutkan, sebelum ini pun ada babak lebih memberahikan pernah saya lakonkan, seperti berpeluk, kerana ia jelas menonjolkan perasaan sayang.

Sedangkan dalam drama Coffee Prince, tiada langsung babak seperti itu. Jadi, saya terkejut apabila ia menjadi bahan kecaman netizen,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama rantaian, Dia, di sebuah pusat beli-belah, di sini.

Baca berita selanjutnya klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my & Instagram Janna Nick


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *