VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Janna Nick teruskan rakaman single baharu.

Written by on 14/12/2017

 

PELAKON Janna Nick terus mencabar diri menghasilkan single baharu berjudul Akan Bercinta yang menjadi lagu latar drama adaptasi Coffee Prince yang sedang hangat disiarkan biarpun masih ada netizen yang mengkritik beliau.

Ada segelintir individu yang mempertikai kemampuan vokalnya, namun Janna menyifatkan single terbabit adalah bukti kesungguhannya dalam dunia seni suara dan tidak akan luntur semangat untuk teruskan mencabar dirinya dalam seni suara.

“Komen dan kritikan bukan halangan untuk saya meneruskan penghasilan single. Lagu Akan Bercinta ciptaan Aepul Roza adalah lambang semangat yang tak mungkin dapat digugat.

“Kalau nak ikut cakap orang yang mempertikaikan itu dan ini, mungkin saya akan berada di tempat yang sama selama-lamanya.

“Jadi lebih baik saya terus lakukan sesuatu yang positif seperti diharapkan peminat,” katanya kepada BH Online.

Tambah Janna, dia serius dalam melunaskan amanah yang diberi baik dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

“Lebih istimewa, saya juga menghasilkan klip video sendiri di mana idea, proses penerbitan dan pengarahan adalah di bawah garapan saya,” katanya yang sebelum ini tampil dengan single Mungkin Saja.

Berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan single itu, Janna berkata, dia berdepan dugaan termasuk dimasukkan ke hospital pada hari sepatutnya rakaman diadakan. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: Bharian.com.my

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *