Janna Nick pernah jatuh cinta dengan Felix Agus

Written by on 10/01/2018

JANNA pernah jatuh cinta pada Felix Agus, Naib Juara AF sebuah rancangan realiti TV yang popular sehingga sekarang. Pengakuan ini dibuat oleh Janna sendiri ketika hadir di konti VOKfm baru-baru ini. Mulanya memang terkejut semua orang yang ada di dalam konti. Tetapi apabila Janna membuat pengakuan tersebut sambil ketawa, membuat semua tetamu dan penyampai radio ketika itu, Aegy dan Maldini juga tidak dapat menahan gelak sehingga Maldini mencari gambar lama Felix Agus semasa masih berada dalam rancangan realiti TV tersebut.

 

Bagaimana Janna boleh jatuh cinta dengan Felix agus? Jom kita cungkil rahsiah tersebut.

“Saya pernah jatuh cinta dengan abang Felix Agus. Masa tu saya baru darjah 4 dan saya sangat meminati abang Felix Agus selalu nampak kat TV” kata Janna kepada Aegy & Maldini yang ketika itu tengah keudara bertanyakan soalan ‘Siapakah Cinta pertama Janna?’

Rupanya, Janna Nick minat Felix Agus waktu darjah 4 dan ketika itu Felix Agus masih bergelar Pelajar AF.


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background