Janna Nick kembali imej “Tomboy”

Written by on 13/08/2018

PELAKON popular Janna Nick sekali lagi memotong rambut pendek mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada peminatnya.

Ramai menyamakan imej terbaharu pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu seperti penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Janna potong rambut pendek demi menjayakan wataknya dalam drama berjudul Leftenan Zana

Malah ramai merasakan Janna sesuai dengan imej ‘boyish’ yang membuatkan imejnya tampak lebih berkarisma dan berkeyakinan.

“Alamak kenapa ‘handsome’ sangat ni Janna Nick? Tetapi bila tengok balik macam Agnes Monica!,” tulis netizen di Instagram.

Ini bukan kali pertama Janna memotong rambutnya seperti lelaki kerana sebelum ini dia pernah buat perkara sama untuk menjayakan wataknya sebagai Dani dalam drama bersiri My Coffee Prince.

Bagaimanapun seperti kebiasaan, imej itu turut mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang merasakan Janna lebih ayu dengan rambut panjang.

Ada di antara mereka turut mempersoalkan tindakannya berambut pendek kerana imej itu membuatkan dia nampak seperti lelaki.

Ramai berharap Janna tidak lagi tampil dengan imej tersebut selepas ini.

“Cantik tapi lagi cantik Kalau panjang atau mengenakan tudung sebab orangnya memang cantik sekali.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background