Janna Nick akan melansungkan perkhawinan

Written by on 14/01/2018

JANNA Nick, 23 , pelakon dan penyanyi yang sedang hangat dengan lagu baru bertajuk Akan Bercinta. Baru-baru ini Janna dijemput hadir ke Pusat Penyiaran VOKfm Golden Hill untuk mempromosikan lagu single baharu beliau. Tujuan Janna datang ke Kota Kinabalu adalah untuk menghadiri satu jemputan sebagai selebriti dan duta jenama kosmetik di sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu.

Tersebutlah sebuah cerita yang mana Janna akan melansungkan perkhawinan beliau bersama seorang penyampai radio VOKfm. Video tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan Instagram VOKfm serta akaun persendirian penyampai radio tersebut iaitu Maldini Sidney yang berasal dari Tuaran, Sabah. Maldini adalah salah seorang penyampai All Stars VOKfm sebaris dengan Felix Agus, Lotter, Rey Kimara, Ramli Carlo, Aegy, Beebey dan Kapten.  Video yang dimuat naik berdurasi tidak lebih dari 1 minit itu telah menarik minat netizen untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang cerita tersebut. Adakah ia sekadar gosip atau benar? Jom tonton video tersebut.

Sebenarnya, video ini dirakam sekadar hiburan semata-mata. Janna Nick adalah seorang yang ‘Happy Go Lucky’ dan suka ketawa. Baru-baru ini Janna ditemubual oleh Maldini dan Aegy dalam Segmen Chillax@VOK yang bersiaran daripada jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam setiap Isnin hingga Jumaat. Suasana di dalam konti masa tu memang riuh dengan gelak tawa Janna dan kedua-dua penyampai VOKfm ini juga sering melontarkan soalan-soalan yang menarik minat Janna untuk menjawap.

So, peminat-peminat Janna Nick jangan marah ya.. Video ni sekadar gurauan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tapi kan, wujudkah tarikh 32 haribulan Disember 2020 ?


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background