Janna meminta peminat mendoakan keselamatannya ketika berada di Taiwan.

Written by on 22/02/2018

Foto Ehsan Instagram Janna Nick

JANNA Nick berada di Taiwan atas urusan kerja, baru-baru ini cemas apabila negara itu dilanda gempa bumi Selasa lalu. Jelasnya ketika kejadian berlaku beliau sedang mandi namun dapat merasa gegaran berukuran 5.3 magnitud pada 10.47 malam.

“Saya okey, cuma masih terkejut dan takut ketika mengetahui gagaran yang berlaku adalah gempa bumi. Saya tidak sempat buat apa-apa ketika itu kerana sedang mandi dan keadaan bergegar dalam beberapa saat”

Masih perlu berada di negara itu sehari lagi, Janna meminta peminat mendoakan keselamatannya ketika di sana. Manakala menerusi Instagram, Janna sempat menceritakan kejadian tersebut dan meminta maaf kepada semua.

“Saya ada satu malam lagi di sini doakan saya selamat. Saya baru berdepan pengalaman gempa bumi di Taipei, apa pun minta maaf dulu semua dan halalkan segalanya,” katanya kepada m Star Online.

Untuk pengetahuan Taiwan antara negara yang kerap berlaku bencana alam gempa bumi, paling terbaru pada 7 Febuari lalu. VOKfm berharap Janna Nick baik-baik saja sepanjang berada di sana, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

 

SUmber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background