VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Janet Jackson bimbang keselamatan anak

Written by on 07/06/2018

Ketika Eissa Al Mana berusia 3 Bulan.

JANET Jackson menelefon pihak polis pada malam Sabtu lalu selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya, Eissa Al Mana. Janet dan Wissam Al-Mana berkahwin pada 2012 sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada April tahun lalu.

CNN melaporkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak berusia hampir dua tahun itu bagi pihak Janet yang ketika itu bawah jagaan bapanya, Wissam Al-Mana.

Polis kemudiannya mengesahkan menemui Wissam dan Eissa berada dalam keadaan baik bersama bapanya.

Pasangan itu menimang cahaya mata mereka pada Januari 2017 sebelum Janet mengumumkan berpisah dengan Wissam pada April tahun sama.

Proses perceraian pasangan itu masih berjalan di mahkamah.

Janet dikatakan bimbang dengan keselamatan anaknya selepas mendakwa sikap Wissam yang panas baran membahayakan anak mereka.

Kebimbangan itu turut diluahkan oleh pengasuh Eissa yang mengadu kepada Janet sebelum penyanyi itu menelefon polis.

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *