Jackie Chan bakal muncul dengan album terbaharunya pada Ogos depan

Written by on 06/04/2018

Jackie Chan bakal lancar album baharu selepas 16 tahun. – Foto Ehsan Instagram Jackie Chan

PELAKON aksi terkenal Hong Kong dan seluruh dunia, Jackie Chan bakal melancarkan album terbaharunya pada Ogos depan.

Oriental Daily melaporkan Jackie, 64, mendedahkan perkara itu ketika menghadiri sebuah acara di Beijing, China baru-baru ini.

Kata pelakon filem Police Story itu, dia mengambil masa selama tiga tahun menyiapkan album itu kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran.

“Akhirnya album itu sudah pun siap!,” katanya.

Dedah Jackie lagi, dia menggunakan khidmat beberapa kenalannya dalam industri muzik untuk menerbitkan album tersebut.

Malah anak lelakinya Jaycee yang juga pelakon dan penyanyi turut bertindak sebagai penerbit album itu.

Kali terakhir Jackie muncul dengan album sekitar 16 tahun lalu menerusi With All One’s Heart.

Jackie juga mempunyai sembilan album sepanjang karier nyanyiannya iaitu Love Me (1984), Thank You (1984), A Boy’s Life (1985), Shangrila (1986), Sing Lung (1986), No Problem (1987), Jackie Chan (1988), First Time (1992) dan Dragon’s Heart (1996).

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background