VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Isteri David Beckham Belanja RM7000 sehari demi kecantikan

Written by on 20/01/2018

Foto Ehsan Instagram @victoriabeckham

ISTERI kepada bintang bola sepak dunia David Beckham, Victoria Beckham mendedahkan dirinya sangat mementingkan penampilan dan kesempurnaan dalam hidup.

Victoria dikatakan sanggup mengeluarkan kos yang banyak dalam mengekalkan kecantikan dan gaya seharian.

Menurut portal Mirror, isteri kepada David Beckham ini membelanjakan hampir RM7,000 sehari untuk penampilan diri dan dandanan sahaja.

Wanita berusia 43 tahun ini berkata, semasa masih muda, dia menghadapi masalah kulit yang teruk.

Bagaimanapun, masalah kulitnya kini sudah pulih dan tidak seteruk ketika diawal usia remaja.

“Ketika masih muda dulu, kulit saya agak teruk. Jadi dah terbiasa menutup kerosakan kulit dengan mekap seperti ini.

“Cumanya sekarang usia semakin meningkat, kulit sudah semakin baik dan tak ada lagi masalah seperti dahulu,” katanya ketika ditemubual dalam program Into The Gloss.

Sumber : mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *