iR Radzi perjuangkan karier nyanyian untuk Arwah Bapa

Written by on 10/01/2018

Foto Ehsan Instagram @irradzi

 

iR Radzi memperjuangkan karier nyanyiannya dengan memegang pesanan Allahyarham bapanya, Jamali Ellen yang meminta agar dia meneruskan pembabitannya dalam bidang seni.

iR atau Mohamad Shah Riadzi, 34, berkata, bapanya adalah penyokong setianya sejak di awal kemunculannya sebagai penyanyi dan arwah sentiasa berpesan agar dia bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya.

“Arwah bapa dan ibu sentiasa beri sokongan kepada saya sejak di awal pembabitan saya dalam bidang seni. Mereka ingin lihat saya menjadi penyanyi berjaya.

“Berjaya dalam bidang kerjaya yang saya pilih. Bapa saya seorang yang selalu mengikuti perkembangan saya.

“Dia selalu berpesan, kalau nak buat kerja itu, buat betul-betul. Sampai sekarang saya masih berpegang dengan pesanannya,” kata Ir kepada mStar Online.

iR ditemui ketika majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Sempurna dan single Cinta Terakhir di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyanyi lagu Sempurna Waktu ini, dia banyak berkongsi mengenai muzik selain mendapat banyak tunjuk ajar bapanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background