VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Iqram Dinzly dihalang petugas naik pentas semasa sedang Altimet nyanyi

Written by on 15/02/2018

ALTIMET memuji kecekapan petugas Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), kelmarin, yang dapat menghalang artis kontroversi, Iqram Dinzly, daripada naik ke pentas ketika gilirannya mengadakan persembahan.

Katanya, beliau baru dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan secara sinis mengatakan, tindakan pantas pihak berkenaan mampu mengelakkan pelakon itu mendapat kecederaan.

“Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram (Iqram Dinzly) nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada petugas Media Prima Berhad sebab lindungi dia daripada ‘kecederaan’.

“Ini hip hop, ‘bro’. Kalau tak diundang naik pentas (tetapi) kau naik juga, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah ‘der’. Adat kami lain sikit,” katanya menerusi Twitter.

Perkongsian penerima trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi itu meraih lebih 600 ‘like’ selain 1,100 ‘retweet’.

Terdahulu, kelibat Iqram turut dilihat menaiki pentas utama ketika pemenang Juara Lagu, Hael Husaini, membawakan kembali lagu Jampi sebelum majlis anugerah itu berakhir.

Pada perkongsian sama, Altimet turut mendedahkan beliau meninggalkan pentas utama ketika itu kerana enggan mengeruhkan keadaan selepas Iqram naik ke pentas meraikan kemenangan Hael.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian Online & Instagram @altimet


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *