VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Iqram berazam mulakan hidup baharu

Written by on 27/06/2018

Iqram Dinzly akui kesempatan bertemu beberapa individu berilmu dan bertukar pandangan ketika berada di Kelantan serta Terengganu memberinya keyakinan untuk memulakan hidup baharu. Peluang berada di Pantai Timur pada 10 malam terakhir Ramadan lalu menemukan kembali Iqram Dinzly dengan dirinya yang sebenar.

“Alhamdulillah, kembara di dua negeri itu pada akhir Ramadan lalu memberi nafas baharu dalam hidup. Saya temui semula diri yang dahulu dan kembali menjalani hidup seperti manusia normal lain.

“Di Kelantan, saya bertemu mereka yang berilmu untuk bertukar pandangan. Saya juga ambil peluang untuk menggali ilmu perniagaan disebabkan saya turut menjalankan bisnes sendiri. Mungkin ini yang dikatakan rahmat bulan mulia.

“Di Terengganu pula, saya memenuhi undangan untuk menjayakan sebuah acara. Di situ, saya bertemu semula peminat selepas lama menyepikan diri. Itu yang membuatkan saya kembali bersemangat untuk memulakan hidup baharu,” katanya.

Iqram pada akhir tahun lalu, mencetuskan polemik apabila memuat naik pelbagai rakaman perlakuan pelik di laman sosial, Instagram selepas kematian bapanya, Oktober lalu.

Kelakuannya itu mencetuskan kecaman netizen, malah sebahagian mereka beranggapan pelakon itu sudah tidak waras.

“Saya tidak gila, cuma bersikap gila -gila. Alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti asal dan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan lalu,” katanya.

Susulan itu, Iqram berkata, dia juga memilih untuk mendiamkan dahulu perniagaan pakaian di bawah jenama Prinxchiqy Dinzly yang pernah diperkenalkannya, sedikit masa lalu.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *