VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Incubus datang Malaysia untuk konsert kali ke-2

Written by on 24/12/2017

 

INCUBUS bakal menemui peminat di negara ini menerusi konsert yang akan diadakan di KL Live, Kuala Lumpur pada 13 Februari tahun hadapan. Malaysia menjadi negara kedua Incubus dalam siri Jelajah Asia band berkenaan. Ini adalah kali kedua band dianggotai Brandon Boyd (vokalis), Mike Einziger (gitar), Jose Pasillas (dram), Ben Kenney (bass) dan DJ Chris Kilmore beraksi di Kuala Lumpur selepas pertama kali datang ke sini pada 2011.

View this post on Instagram

🔜🌑📢

A post shared by @ incubusofficial on

Setakat ini Incubus sudah menjual 23 juta unit album di seluruh dunia. Mereka pernah membuat persembahan dengan beberapa band rock terkemuka dunia antaranya Foo Fighters, Pearl Jam, Flaming Lips dan Deftones. Selain Malaysia, Incubus turut mengadakan konsert di Thailand, Singapura, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Afrika Selatan, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.

Tiket menyaksikan konsert anjuran IME Malaysia dan InTour Live ini boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: HMetro.com.my


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *