Impian Yuka tercapai

Written by on 07/02/2018

Foto Ehsan Instagram @kharismayuka

PENYANYI Yuka Kharisma tercapai impian untuk tampil dalam persembahan mega bersama dua idolanya, Bunga Citra Lestari dan Anuar Zain bakal menjadi kenyataan. Yuka yang berasal dari Indonesia akan beraksi di pentas BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert, di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April ini.

“Ini adalah impian saya dan alhamdulillah, akan direalisasikan tak lama lagi. Saya sudah lama teringin berkongsi pentas dengan dua figura hebat ini,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Ku Bersedia itu, dia sememangnya mengagumi bakat kedua-dua penyanyi itu.

“Bunga Citra Lestari atau BCL antara idola saya di Indonesia. Dia ada ramai pengikut baik di Indonesia mahu pun Malaysia.

“Anuar Zain pula ikon di persada muzik Malaysia. Tentunya, saya membesar dengan lagu-lagunya dan apabila dapat peluang berkongsi pentas, ia umpama bulan jatuh ke riba,” katanya.

Menurut Yuka, konsert berskala besar anjuran syarikatnya, Kharisma Entertainment itu dirancang sejak tahun lalu.

“Pada Disember tahun lalu, pengurusan mula menghubungi artis dan tak perlu menunggu lama, mereka bersetuju.

“Pemilihan artis saya buat sendiri. Dari segi teknikal, suami saya uruskan kerana dia ada pengalaman dalam bidang itu,” katanya.

Ditanya mengenai perjalanan konsert berdurasi dua jam itu, Yuka berkata, dia akan mempersembahkan lapan hingga sembilan lagu.

“Mungkin tak ramai tahu lagu saya, jadi saya akan selitkan juga lagu saduran daripada penyanyi popular antaranya, Search.

“Selain itu, saya juga akan berduet dengan Abang Anuar dan BCL. Insya-Allah, akan ada kejutan buat penonton,” katanya.

Walaupun namanya tidak segah penyanyi lain namun, keupayaannya dalam bidang muzik diakui Anuar Zain.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background