Iklan Percuma dengan VOKiklan

Written by on 05/06/2018

Sebagai penghargaan dan tanda sokongan kepada pelanggan, artis dan pengiklan, VOKfm melancarkan kempen #VOKiklan bagi membolehkan pelanggan mencuba keberkesanan promosi/iklan melalui radio. Kempen ini adalah galakan daripada stesen radio VOKfm sebagai salah satu kempen sambutan ulangtahun pertama VOKfm yang telah dilancarkan pada 16 September 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Stesen VOKfm; Mohammad Faqrullah atau lebih senang dikenali sebagai kapten memberitahu bahawa “Kempen iklan PERCUMA ini akan berlangsung selama 3 bulan dari 16 Jun 2018 dan berakhir pada 15 September 2018. Ianya terbuka kepada semua dan tertakluk kepada terma, syarat dan kesesuaian iklan. Kami berharap, dengan adanya kempen sebegini boleh membantu peniaga atau pelanggan di dalam mempromosikan produk, jenama atau perkhidmatan mereka. Walaupun VOKfm ketika ini masih bersiaran secara atas talian, kami yakin berdasarkan respon serta statistik masa kini, mampu membawa impak buat pelanggan yang memilih saluran VOKfm sebagai medium pengiklanan mereka. InshaAllah, selepas VOKfm melancarkan siaran FM tidak lama lagi, para pelanggan telah bersedia menjadikan radio sebagai sebuah medium pengiklanan yang berkesan dan terbaik dan semestinya menerusi saluran VOKfm, kempen atau promosi mereka akan membantu mencapai matlamat pengiklanan.”

Tambah kapten lagi, selaras dengan kempen ini, pengiklan akan dibimbing untuk menguji keberkesanan pengiklanan radio disamping langkah-langkah dan kriteria yang perlu ditekankan apabila ingin melakukan sesebuah iklan. Contohnya, pematuhan pengiklanan berupa kosmetik atau produk berkaitan yang perlu melalui kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan juga status halal sesuatu produk.

Tempahan iklan boleh mula dibuat bermula 6 Jun 2018 pada jam 12 tengahari secara atas talian.

Terma & Syarat VOKiklan:-

  1. Tempahan dibuka kepada pelanggan untuk mengiklan produk, perkhidmatan atau kempen/promosi yang bersesuaian dengan garis panduan pengiklanan radio/media.
  2. Setiap iklan/kempen akan mendapat waktu siaran sebanyak 3 spot iklan berakam dan 3 spot LIVE read (berdurasi 30 saat setiap iklan) setiap hari selama 5 hari berturut-turut (Isnin hingga Jumaat).
  3. Pelanggan boleh memohon untuk maksimum 3 slot iklan tetapi setiap slot iklan akan disiarkan pada minggu yang berbeza.
  4. Produksi iklan adalah percuma dan adalah iklan am. Untuk produksi yang melibatkan ‘talent’ atau rakaman luar, caj studio atau ‘talent’ akan dikenakan bayaran.
  5. Skrip iklan adalah tertakluk kepada kelulusan stesen dan merupakan hakcipta stesen.
  6. Untuk pakej iklan tambahan, pelanggan boleh memohon untuk pakej iklan SME dari serendah RM500 dan akan menikmati tambahan spot sehingga RM1,500. (terhad kepada jangkamasa promosi)
  7. Waktu siaran adalah tertakluk kepada kesediaan ruang iklan dan akan ditentukan oleh pihak stesen (non fixed time).
  8. Iklan akan disiarkan dari jam 8 pagi sehingga 10 malam sahaja.
  9. Sesetengah iklan yang memerlukan kelulusan khas daripada pihak berkuasa seperti Lembaga Iklan Ubat, akan dimaklumkan dan perlu melalui beberapa prosedur tertentu sebelum iklan diluluskan untuk siaran.
  10. Hanya iklan yang dibenarkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak pengawal selia kandungan seperti MCMC/SKMM, CMCF, Kementerian Kesihatan dan lain-lain akan digunapakai.
  11. Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 hari bekerja.
  12. Kelulusan akan diberikan dalam masa 3 hari bekerja.
  13. Siaran iklan ialah sekurang-kurangnya 3 hari bekerja selepas kelulusan.
  14. Tambahan terma dan syarat akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background