VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Idayu mahu sentiasa berada di dalam industri

Written by on 24/05/2018

JUARA program AF Megastar 2017, Idayu mahu kerap mengeluarkan single terbaharu biarpun lagu-lagu tersebut tidak akan hit seperti lagu yang sedia ada.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 33, berkata dia tidak ingin melalui pengalaman kali kedua dilupakan peminat.

“Saya pernah ada sejarah orang lupakan saya dan memang kalau boleh saya tak mahu benda itu terjadi lagi.

“Sebab itu, saya mahu kerap keluarkan lagu baru. Biar ada, walaupun tak meletup seperti lagu-lagu lain.

“Bagi saya, golongan muda zaman sekarang kenal siapa Idayu itu pun sudah mencukupi. Saya tak minta pun lebih-lebih,” kata Idayu kepada mStar Online.

Lagu terbaharu Idayu berjudul Ganti Diriku menjadi lagu tema bagi drama bersiri bertajuk Nur di TV3 pada pukul 10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Tambah juara program AF Megastar 2017 ini, dia sedang sibuk mempersiapkan album penuh yang akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Kata Idayu, dia mempunyai lagu yang banyak dan album tersebut akan mengandungi sebanyak tujuh atau lapan buah lagu.

“Saya bukan menyepikan diri daripada industri tapi banyak menghabiskan masa dalam studio. Saya dah janjikan nak keluar album pada tahun ini.

“Sebab itu, saya lebih fokus berada di dalam studio sahaja. Alang-alang lagu saya ada banyak ini.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *