VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

“Ibu dan bapa saya benarkan saya bergerak sendiri” – Wani Kayrie

Written by on 19/03/2018

Foto Ehsan Instagram Wani Kayrie

Wani Kayrie sudah mendapat kebebasan untuk bergerak atau keluar berkerja sendiri tanpa ditemani ibu bapanya. Wani, 18, berkata, kedua-dua ibu bapanya memberi kepercayaan sepenuhnya dan yakin dia mampu menjaga diri dengan baik ketika berada di luar pengawasan mereka.

“Alhamdulillah selepas tamat zaman persekolahan dan di usia sudah mencecah 18 tahun ibu dan bapa saya benarkan saya bergerak sendiri.

“Mereka beri kebebasan dan percaya saya mampu berdikari dan menjaga diri sendiri dengan baik,” ujarnya kepada mStar Online, pada Sabtu.

Wani ditemui pada majlis sambutan hari lahir ke 18 yang diadakan di Hotel Midah, di sini.

Penyanyi lagu Jangan-Jangan ini berkata, dia akan menggunakan kepercayaan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Wani yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu belum merancang untuk menyambung pelajaran.

Katanya, dia mahu memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian terlebih dahulu.

“Saya simpan dulu hasrat untuk sambung belajar kerana ingin beri tumpuan kepada bidang nyanyian. Tahun lalu saya banyak berehat untuk fokus kepada SPM.

“Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan sambung semula dalam bidang yang saya minati iaitu bidang perniagaan dan akaun,” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis hari jadi penyanyi itu diraikan kira-kira 150 tetamu yang juga peminat-peminat serta rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir ialah Farah Hazel, Sweet Qismina, kumpulan Xpose dan Sarah Fazny.

 

Sumber : Mstar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *