Hazama jarang dianggap sebagai calon kegemaran

Written by on 08/02/2018

Foto Ehsan Instagram @mrhazama

HAZAMA mengakui beliau jarang dianggap sebagai peserta pilihan sejak awal pembabitannya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Bagaimanapun, Hazama atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi, 33, menyifatkan AJL bukanlah gelanggang bagi penyanyi kegemaran ramai, sebaliknya medan untuk mengangkat lagu berkualiti.

“Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus, membuatkan penyanyi yang membawakan karya terbabit mara ke final.

“Selama ini pun, saya sering dianggap sebagai penyanyi tempelan. Namun, saya tetap berusaha keras seperti biasa, demi lagu yang saya bawakan itu. Pada masa sama, saya harus mengambil peluang yang ada.

“Andai kata kononnya saya dipilih ke AJL sekadar memenuhi ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik,” katanya yang bakal bertanding pada edisi ke-32 pertandingan berprestij itu, Ahad ini, atas tiket lagu Aku Yang Sebenar, ciptaan Datuk M Nasir dan Ad Samad.

Sebanyak 12 lagu layak berentap pada AJL 32. Selain Hazama, antara artis lain yang turut bersaing kali ini ialah Dayang Nurfaizah, Syamel, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kehadiran penyanyi baharu yang menguasai AJL 32, Hazama berkata, dirinya tidak tertekan mahupun terkesan dengan keadaan itu.

“Saya anggap diri ini masih relevan kerana berada dalam kelompok penyanyi muda terbabit. Kalau tidak, saya takkan berada dalam pertandingan ini.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background