‘Funniest Person in the World’ menerima anugerah daripada Duta Finland

Written by on 09/12/2017

 

PELAWAK popular Harith Iskander yang meraih gelaran ‘Funniest Person in the World’ anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, menerima anugerah daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka, sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Harith, yang hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu adalah satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terbabit dalam industri hiburan.

Anugerah ini memang di luar jangkaan saya, …saya sangat berterima kasih dan menghargainya.

Insya-Allah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertandingan,” katanya selepas menerima anugerah itu.

Foto Ehsan Instagram @harithiskander (Isteri Harith turut gembira diatas penganugerahan daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.

Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh AS$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia. – BERNAMA

 

Sumber : Bharian.com.my & Instagram @harithiskander


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background