Current track
Title
Artist

Background

Haqiem tidak tahu malu curi idea Sufi tanpa kebenaran

Written by on 08/07/2018

SEMAKIN hangat isu sekarang ni yang menimpa penyanyi Haqiem Rusli apabila Sufi Rashid mendakwa penyanyi itu menggunakan melodi ciptaannya menerusi lagu terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang tanpa kebenaran.

Sufi meluahkan rasa sedih kerana Haqiem langsung tidak memberi kredit kepadanya sebagai penggubah lagu walaupun berbesar hati penyanyi baharu itu menggunakan lagu ciptaannya.

“Pertamanya tahniah buat adik @haqiemrusli98_ atas pelancaran lagu baru. Saya berbesar hati lagu itu menggunakan ‘intro’ yang saya cipta.

“Saya tidak marah tetapi lebih kepada sedih yang saya tidak diberi kredit, sekurang-kurangnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sufi berkata, menggubah lagu bukan usaha yang senang dan sebagai komposer dia tidak sewenang-wenangnya memberikan lagunya kepada sembarangan orang.

Malah kata Sufi, idea untuk menghasilkan lagu bukanlah percuma dan dalam kes Haqiem dia tidak berniat untuk meminta bayaran daripadanya.

“Menggubah keseluruhan 4:02 demo itu sehingga mendapat 3.2 juta. Ia adalah usaha yang saya tidak diberi sewenang-wenangnya kepada sesiapa.

“Idea bukan percuma, brother! Anda tahu saya tidak akan minta sesen pun dari anda.

“Anda atau penyusun lagu anda hanya boleh meminta kebenaran saya dan saya tiada masalah dengannya,” tulisnya lagi.

Tambah Sufi, dia juga berharap Haqiem bukan benar-benar mengalami kemurungan kerana ia sesuatu yang bukan sesiapa mahukan selain mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

SUmber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *