Haqiem juga turut memberitahu, buat masa ini dia mahu berehat dari menggunakan media sosial dan kesemua gambar di Instagram telah dipadam. Tambah Haqiem lagi, pada 24 Jun depan kemungkinan merupakan persembahannya yang terakhir.

Sebelum ini, Haqiem ada memuat naik beberapa status di Twitter menggambarkan dirinya agak kecewa dan akan berhenti menyanyi. Status tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi dikalangan peminat yang seperti sudah menjangkakan penyanyi pujaan mereka bakal bersara.