VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Hafeez Mikail menjadi penyanyi jalanan

Written by on 12/12/2017

Foto ehsan Instagram @hafeezmikail

PELAKON Hafeez Mikail sanggup melakukan apa saja demi mendalami kehidupan penyanyi jalanan, supaya benar-benar dapat menyerap jiwa watak itu dalam filem terbarunya berjudul ‘Busker’. Hafeez, 25, juga gigih belajar bermain gitar walaupun langsung tidak pernah memainkan alat muzik itu. Dalam filem arahan Syed Khairul Fariz itu, dia juga perlu menyanyi sepanjang masa.

Apa yang pasti, ia bukan mudah kerana dia perlu bermula daripada kosong. Dia juga baru mengenal kord dan gigih untuk menguasainya.

“Saya tidak mahu mengambil mudah watak itu walaupun ia nampak biasa. Saya harus menyelami bagaimana kehidupan sebenar seorang pemuzik jalanan.

“Disebabkan watak itu, saya menukar bilik saya menjadi bilik sebenar pemuzik. Selain itu, saya mula belajar bermain gitar yang ternyata bukan mudah.

“Jari saya hingga bengkak dan berdarah kerana berlatih terlalu kerap. Namun, saya kuatkan diri kerana mahu mahir bermain gitar,” katanya.

Hafeez turut melakukan tindakan berani apabila tampil mengadakan ‘busking’ di tempat awam seorang diri.

“Saya mahu merasai bagaimana rasanya membuat persembahan di khalayak ramai. Memang menyeronokkan, apatah lagi ada yang terhibur dan memberi perhatian.

“Tidak dinafikan, ada juga yang perasan saya pelakon dan bertanya macam-macam soalan. Mereka ingatkan saya sudah tiada tawaran seni dan terdesak mencari duit,” katanya.

Melakonkan watak sebagai Adil, Hafeez juga dapat merealisasikan minatnya dalam bidang nyanyian apabila dia diberikan banyak lagu dalam filem berkenaan.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber: Hmetro.com.my & Instagram @hafeezmikail


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *