VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

G-Dragon mula ceburi bisnes hartanah

Written by on 14/12/2017

 

G-DRAGON diantara selebriti K-Pop yang terkaya di Seoul. Selepas beberapa selebriti Korea dilaporkan membeli bangunan dan hartanah, kini giliran penyanyi G-Dragon pula membuat pelaburan hartanah seperti rakan-rakannya.

Bangunan mewah dianggar bernilai  RM33Juta (8.8 Billion Won) itu bertempat di kawasan Cheongdam, Seoul.

Reka bentuk bangunan tersebut juga terlihat mahal dengan dicat warna putih dan dikelilingi kaca.

Rata-rata peminat menganggap ia adalah perkara biasa bagi penyanyi berkenaan yang semangnya mampu berbelanja mewah.

Tangkapan skrin daripada salah seorang peminat G-Dragon di Instagram @etl_etl yang merungkai harga sebenar bangunan tersebut ( 8.8 juta )

“Buat dia membeli bangunan itu hanya perkara kecil sahaja. Lagi pula itu bukan bangunan pertamanya,” ujar netizen.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan penyanyi itu yang masih lagi belum menjalankan tanggungjawab dalam menjalani latihan ketenteraan seperti warga Korea lain.

Sumber : mStar.com.my

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *